BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 28 FEBRUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 28 FEBRUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi akhirnya kesemua yang terlibat dalam kes menghina Nabi Muhammad (SAW) telah diambil tindakan.

Manakala seorang lelaki dipercayai meletak patung berhala di dalam Surau Sabilul Huda di Klang juga telah didakwa. Bagi Awang ketegasan pihak berkuasa sangat diperlukan dalam menangani kes sensitif sebegini.

Ini kerana jika teragak-agak ia akan melebarkan persepsi salah terhadap kerajaan dan pihak berkuasa seolah-olah tidak serius menangani isu sensitif sebegini.

Melihat kepada kedudukan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang bukan Islam dan Melayu, maka persepsi negatif mudah tersebar.

Apatah lagi dengan berlakunya perhimpunan di Ipoh dan Pulau Pinang berkaitan kes menghina Nabi Muhammad (SAW) baru-baru ini yang jika tidak ditangani segera, ia mampu merebak dan membarah jika tidak dikawal segera.

Cukuplah insiden di Kuil Seri Maha Mariamman yang berlaku pada November tahun lepas. Dan kita tidak boleh bayangkan jika orang Islam dan Melayu pula mengamuk kerana mereka beranggapan kerajaan tidak serius menangani hal ini.

Oleh itu Awang menyokong penuh komitmen Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf untuk menggubal beberapa peruntukan membabitkan kesalahan isu kebencian agama dan kaum bagi memastikan isu penghinaan sebegini mampu di atasi secara menyeluruh.

Awang: Sensitif tapi rasional.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN