KUALA TERENGGANU 27 Feb. – Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Terengganu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan salah guna kuasa melibatkan jumlah keseluruhan RM303,546. Tertuduh, Che Sa’adon Che Yahya, 55, yang ditukarkan ke PPN Kelantan pada tahun lalu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob. Mengikut pertuduhan pertama, Che Sa’adon didakwa menggunakan jawatannya sebagai pengurus…










