Bekas guru terlepas hukuman penjara lima tahun - Utusan Malaysia

Bekas guru terlepas hukuman penjara lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Seremban mengenepikan hukuman penjara lima tahun terhadap seorang bekas guru kerana memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 secara tidak sah lima tahun lalu.

Pesuruhjaya kehakiman, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu kerana tertuduh tidak dibenarkan untuk memanggil semula dua saksi penting semasa perbicaraan pada Februari lalu.

Menurut beliau, Mahkamah Tinggi Seremban mendapati tertuduh, L. Subbarau @ Kamalanathan, 39, telah dinafikan hak mendapatkan penghakiman yang saksama.

Mahkamah Sesyen Seremban pada 2 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Batang Benar, Nilai itu.

Mengikut pertuduhan, Subbarau didakwa atas lima pertuduhan memiliki soalan UPSR 2014 bagi mata pelajaran Matematik 035/1 dan Matematik 015/1, Bahasa Tamil-Pemahaman 036 dan Bahasa Tamil-Penulisan 037 serta Sains 081 melalui seunit telefon pintar.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 8 September hingga 16 September 2014, di sebuah rumah di Jalan Bukit Galena 13, Taman Bukit Galena, Fasa 4, Seremban di sini.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara setahun hingga tujuh tahun.

Namun, Ramesh membenarkan hukuman itu ditangguhkan sementara tertuduh yang merupakan guru subjek Matematik dan Sains memohon rayuan di Mahkamah Tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN