Batik bukan sekadar baju, kain - Utusan Malaysia

Batik bukan sekadar baju, kain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Kreativiti usahawan menjadikan tiada produk yang mustahil untuk dihasilkan, malahan dengan sedikit inspirasi dan eksperimentasi, usahawan yang gigih mampu menghasilkan pelbagai produk unik dan menarik.

Walau bagaimanapun, seper­ti kata pepatah, setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah jua. Maka, adalah lebih baik para usahawan ini memanfaatkan da­ya kreatif mereka untuk meng­angkat seni dan warisan negara.

Seperti yang dilakukan Salehuddin Hussain, 39, minatnya terhadap seni membentuk tanjak digabungkan dengan rasa kagumnya pada keindahan wa­risan batik yang akhirnya memberi ilham kepadanya untuk menghasilkan tanjak menggunakan kain bercorak batik.

Keunikan produknya itu berjaya menjadikan gerai tanjak­nya, Tanjak Fansuri mendapat tumpuan dalam acara Batik Fest 2019 di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini hari ini.

“Saya mahu menghasilkan sesuatu yang eksklusif untuk pelanggan saya. Kebiasaannya tanjak dibentuk menggunakan kain bercorak songket atau kosong, satu warna sahaja tetapi saya bereksperimentasi.

“Saya lihat batik ini sesuai untuk dijadikan tanjak. Malah, saya ada cara tersendiri. Apabila saya melipat tanjak menggunakan kain batik, saya akan pastikan semua coraknya kelihatan, termasuk corak pada tulang belakang kain,” katanya.

Batik Fest 2019 merupakan edisi ketiga Batik Fest yang kini diadakan selama tiga hari bermula hari ini di Matic, di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN