Bapa 3 anak OKU rayu isteri pulang - Utusan Malaysia

Bapa 3 anak OKU rayu isteri pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) merayu isterinya pulang ke pangkuan keluarga selepas ditinggalkan bersama lima orang anak sejak lebih 10 tahun lalu.

Lebih menyedihkan, Amran Abu, 49, berkata, tiga daripada lima anaknya yang berusia antara 18 hingga 28 tahun me-rupakan OKU masalah pem-belajaran.

Katanya, cabaran membesarkan anak-anak tanpa kasih sa­yang ibu, Asnah Burhanuddin, 42, menjadi semakin sukar apabila dia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kerap sakit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah 10 tahun saya bertahan dalam serba kekurangan untuk menjaga dan membesarkan anak-anak yang ditinggalkan ibu sejak dari kecil. Sekarang, mereka sangat rindukan ibunya,’’ katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Utusan Melayu di sini baru-baru ini.

Amran berkata, isterinya yang merupakan warga negara Indonesia tidak pulang ke pangkuan keluarga selepas pulang ke negara jiran itu untuk memperbaharui pasportnya.

“Saya buntu memikirkan cara untuk menjejaki isteri saya kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi,’’ kata-nya yang kini tinggal di Dengkil, Selangor.

Katanya, tiga laporan polis telah dibuat dalam tempoh ‘kehilangan’ isterinya itu untuk mengesan kedudukan dan menjayakan proses membawanya pulang ke Malaysia.

Menurut Amran, untuk menyara kehidupan sekeluarga, dia kini bergantung kepada bantuan bulanan sebanyak RM545 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial selepas di-timpa kemalangan ketika be-kerja sebagai penarik tali kapal di sebuah pelabuhan kira-kira empat tahun lalu.

“Saya juga menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan namun tanggungan semakin berat apabila bantuan RM250 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ditamatkan pada Disember tahun lalu.

“Saya amat memerlukan bantuan kewangan pada ketika ini kerana simpanan yang ada tidak mencukupi apatah lagi perlu menampung separuh daripada rawatan pembedahan jantung dan tulang kaki di Hospital Putrajaya,” katanya sambil menunjukkan semua dokumen rawatannya.

Orang ramai boleh menya­lurkan bantuan kepada Amran sekeluarga melalui Bank Simpanan Nasional (04135-29-00009016-2) atau menghubu­ngi beliau sendiri di talian 017-2104752.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×