WASHINGTON 27 Feb. – Amerika Syarikat (AS) akan meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengambil draf resolusi menuntut bantuan kemanusian dibenarkan masuk ke Venezuela.
Wakil khas Presiden Donald Trump ke Venezuela, Elliott Abrams berkata, pengundian dijangka pada minggu ini walaupun langkah tersebut mungkin perlu berdepan kuasa veto dari Rusia dan China.
“Kami akan mempunnyai resolusi minggu ini, yang pasti akan memberi kemasukan bantuan kemanusian ke Venezuela,” katanya sebelum bermula mesyuarat PBB.
Usaha mengadakan pengundian PBB itu sebagai tanda peningkatan besar dalam kempen diplomatik AS dalam memberi sokongan kepada Juan Guaido, pemimpin pembangkang yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara dan diiktiraf oleh kira-kira 50 buah negara. -AFP











