KUALA LUMPUR 10 Feb. – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd. yang terkorban ketika menyelamatkan lima sekeluarga daripada lemas di muara Sungai Terengganu sebagai pengorbanan para syuhada. Menurut Dr. Zulkifli, pengorbanan Allahyarham Abdul Bari untuk menyelamatkan kesemua mangsa dalam insiden tersebut adalah mulia dan dipandang tinggi dalam Islam. “Pengorbanan Allahyarham Abdul Bari adalah mulia dan dengan izin Allah SWT termasuk dalam…










