APM selamat anak kucing terbuang - Utusan Malaysia

APM selamat anak kucing terbuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Tindakan pantas Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menyelamatkan lapan ekor anak kucing terbuang yang terperangkap dalam longkang di kawasan perumahan Taman Mesra, di sini hari ini.

Pegawai APM daerah, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, anggotanya berjaya menyelamatkan anak kucing terbuang itu daripada lemas selepas terjatuh dalam longkang yang dipenuhi air.

Katanya, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada pukul 9.10 pagi ini.

“Kita sampai di lokasi kejadian 10 minit kemudian dan berjaya mengeluarkan anak kucing yang terperangkap dalam longkang yang dipenuhi air kotor.

“Kita berjaya menyelamatkan anak kucing yang telah dibuang oleh pemiliknya daripada mati lemas,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yussalmi berkata, anak kucing tersebut dibersihkan sejurus selesai mengangkatnya daripada longkang berkenaan sebelum dilepaskan ke tempat selamat.

Katanya, anggotanya mengambil masa 20 minit untuk menjaga anak kucing terbabit.

“Pada minggu ini sahaja sudah tiga kali pihaknya melaksanakan tugas menyelamatkan kucing.

“Kita sebagai anggota penyelamat, bukan sahaja bertugas untuk menyelamat nyawa manusia, tetapi juga haiwan dalam apa jua keadaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN