Anwar yakin jadi Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Anwar yakin jadi Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dan yakin akan menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kelapan dalam tempoh kurang dua tahun.

Dalam temu ramah bersama Bloomberg Television semalam, Anwar berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan itu dalam tempoh ditetapkan.

“Ada perjanjian antara kepemimpinan parti dan bukan antara saya dan Dr. Mahathir sahaja. Dalam perbincangan dengan Dr. Mahathir, saya mahu beliau mentadbir kerajaan secara efektif dan amat penting untuk memberi beliau masa.

“Sudah tentu bukan dalam tempoh lima tahun kerana beliau (Dr. Mahathir) telah menyatakan dengan jelas yang ia (tempoh peralihan jawatan) tidak akan melebihi dua tahun,” katanya seperti dipetik dalam temu ramah tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar turut menegaskan yang keputusan memaafkan Dr. Mahathir atas perseteruan lama mereka adalah demi memastikan masa depan negara menjadi lebih baik. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN