Angkasa sasar 100 peratus skim kewangan patuh syariah menjelang 2022 - Utusan Malaysia

Angkasa sasar 100 peratus skim kewangan patuh syariah menjelang 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) mensasarkan sebanyak 600 koperasi kredit atau 100 peratus bagi skim kewangan patuh syariah menjelang tahun 2022.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sistem tersebut yang lebih telus penting bagi meningkatkan keyakinan dalam kalangan peminjam sekali gus mampu meningkatkan jumlah pendapatan koperasi yang terlibat.

“Sehingga kini, lebih 200 koperasi kredit yang berjaya mendapat pengiktirafan Angkasa dalam penawaran pinjaman kredit mematuhi sistem kewangan patuh syariah. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Patuh syariah bersifat universal. Sehingga kini, kita telah mulakan dengan produk patuh syariah yang telah menerima pengiktirafan daripada kerajaan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Kebangsaan Kewangan Islam 2019 yang berlangsung dua hari di Hotel Tenera di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan negeri Selangor, Rusli Jaafar. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN