ALOR SETAR – Operasi memadamkan kebakaran yang melibatkan kawasan seluas 2.4 hektar di Gunung Baling, Baling berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca panas dan angin kencang. Menurut Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Mohd. Jamil Mat Daud, setakat ini pihaknya hanya berupaya memadamkan kebakaran di kira-kira 10 peratus daripada kawasan terjejas. “Pihak kami menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.28 petang semalam dan 14 anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak…










