TAPAH 6 Feb. – Seorang lelaki maut manakala abangnya cedera setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 319.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 3.40 petang itu, Mohd. Amin Zulkeflee, 22, yang cedera parah maut di tempat kejadian manakala abangnya, Mohd. Saifullah Shafaiz, 25, pula cedera di muka. Kejadian berlaku ketika kedua-dua beradik yang merupakan anggota tentera dan bertugas di Markas Tentera…










