Anak Lana Nodin semakin stabil - Utusan Malaysia

Anak Lana Nodin semakin stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anak pelakon Lana Nodin, William Daud Mckienzie yang menjalani pembedahan akibat masalah injap jantung pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.

Berita berkenaan didedahkan oleh Lana, 40, menerusi status yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya hari ini.

“Alhamdulillah selepas seminggu berperang dengan perasaan, anak saya Billy (panggilan untuk William), menunjukkan perkembangan positif. Cuma dia masih perlu pemantauan rapi dan berada di (Unit Rawatan Rapi) ICU.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Billy sangat kuat dan semoga dia terus kuat. Sayu sebenarnya melihat Billy bergelut dengan ujian ini. Apapun dari kerendahan hati, saya amat terharu dengan doa dan sokongan yang diterima. Hanya Tuhan dapat membalas jasa anda semua,” tulisnya dalam Instagram.

Difahamkan, William yang berusia dua bulan telah membuka mata dan boleh bernafas sendiri tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan. Malah, William juga sudah boleh meminum susu badan meskipun diberi menerusi tiub dan telah membuang air besar.

Sekiranya keadaannya stabil, William akan dipindahkan ke wad biasa dalam masa terdekat.

William yang merupakan anak kedua pelakon Lana Nodin mempunyai masalah injap jantung sempit (aortic stenosis) sejak dilahirkan dan  menjalani prosedur ‘baloon valvuloplasty’ di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Sebelum ini, William berdepan detik cemas apabila jantungnya terhenti selama 10 minit semasa proses persediaan pembedahan.

Lana mendirikan rumah tangga bersama David McKienzie pada 2015. Selain William pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pertama, Gia Quinn McKienzie yang kini berusia tiga tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×