Aliran trafik di lebuh raya lancar - Utusan Malaysia

Aliran trafik di lebuh raya lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul 12.30 tengah hari ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik hanya bergerak perlahan di utara iaitu dari Pendang menuju Gurun dan Jawi ke Bandar Baharu berikutan berlaku kemalangan di KM168.6 yang mengakibatkan trafik perlahan sejauh tiga kilometer susulan lorong kiri terhalang.

“Trafik masih lancar di kawasan lain Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini.

“Trafik hanya perlahan di Bukit Tinggi menuju ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah dan Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN