TOKYO 14 Feb. – Aktivis alam sekitar memfailkan tuntutan mahkamah untuk menghentikan ‘buruan pemandu’ ikan lumba-lumba di Jepun yang disifatkan sebagai kejam dan melanggar undang-undang.
Dalam tuntutan yang dibuat minggu lalu itu, plaintif menuntut gabenor wilayah Wakayama Barat untuk membatalkan permit buruan pemandu selama tiga tahun di bandar pelabuhan Taiji.
Buruan memandu, nelayan akan memaksa ikan lumba-lumba ke teluk dan kemudian menghalang dengan bot mereka.
Ikan lumba-lumba yang panik sering tersangkut di dalam jaring dan mati lemas.
Aktivit memberitahu ada ikan lumba-lumba yang dibaling batu dan mati disebabkan kecederaan manakala sebahagian lagi dibunuh oleh nelayan dengan menggunakan batang logam panjang berulang kali. -AFP










