GUA MUSANG 10 Feb. – Seorang peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Renok Baru di sini maut akibat tercampak atas bonet kereta selepas berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 12, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini. Ramli Yusoff Mangsa, Ramli Yusoff, 54, yang bekerja sebagai pemandu lori dikatakan menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke tempat kerja di Kawasan Perindustrian yang terletak di bandar ini.…









