Airbus hentikan pengeluaran A380 - Utusan Malaysia

Airbus hentikan pengeluaran A380

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 15 Feb. – Syarikat pengeluar kapal terbang, Airbus SE memberhentikan pengeluaran pesawat dua tingkat Airbus A380 kerana kurang mendapat permintaan daripada syarikat-syarikat penerbangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Airbus, Tom Enders, pengeluaran jet jumbo itu akan dihentikan sepenuhnya menjelang 2021 selepas pelanggan terbesar A380, Emirates dan beberapa lagi pembeli menerima tempahan mereka.

Katanya, Emirates mengurangkan tempahan kepada 14 buah pesawat berbanding 53 buah sebelum ini.

“Syarikat penerbangan itu akan membeli secara berasingan 70 buah pesawat yang lebih kecil iaitu A330neo dan pesawat badan lebar A350 yang bernilai AS$21.4 bilion (RM87.39 bilion) sebelum diskaun.

“Pengumuman ini sangat sukar untuk kami dan seluruh komuniti A380 di seluruh dunia. Keputusan memberhentikan pengeluaran A380 bakal memberi kesan kepada 3,500 pekerjaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN