KUALA LUMPUR 31 Jan. – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Berhad (AirAsia) menghantar notis tuntutan hampir RM480 juta kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (MASSB) atas kerugian yang ditanggung kerana beroperasi di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). MASSB merupakan anak syarikat milik penuh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). AirAsia dalam kenyataan berkata, pihaknya merekodkan kerugian sebanyak RM479,781,285 dan punca utama kerugian itu disebabkan kehilangan pelanggan dalam tempoh empat tahun…










