Permohonan faedah Perkeso bawah empat akta di kuatkuasa 1 Januari

Permohonan faedah Perkeso bawah empat akta di kuatkuasa 1 Januari

KUALA LUMPUR, 19 DISEMBER 2025. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan ketika sidang media pada lawatan kerja rasmi di Menara Perkeso Ampang di sini, hari ini. Gambar ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua permohonan faedah di bawah pelan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meliputi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, boleh dikemukakan secara dalam talian berkuat kuasa 1 Januari.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, langkah tersebut sebahagian daripada pembaharuan dasar yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan serta akses kepada pencarum dan penerima faedah di seluruh negara.

“Bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada lebih 10 juta pekerja dalam sektor formal dan tidak formal di Malaysia,” katanya selepas mengadakan lawatan buat pertama kali ke ibu pejabat Perkeso hari ini.

Kemudahan penghantaran permohonan secara dalam talian itu merupakan salah satu daripada empat pengumuman utama yang dibuat semasa lawatan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN