Air India sambung semua penerbangan ke Iraq - Utusan Malaysia

Air India sambung semua penerbangan ke Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAJAF 15 Feb. – Air India menyambung semula laluan penerbangan ke Iraq selepas dihentikan selama 30 tahun.

“Ini kali pertama selepas 30 tahun pesawat komersial datang dari India ke Iraq.

“Kami amat berbangga kerana dapat menyambung semula penerbangan dan memilih Najaf sebagai destinasi pertama,” kata Duta India ke Iraq, Pradeep Singh Rajpurohit di sini.

Pesawat komersial tidak dapat beroperasi selama bertahun-tahun susulan konflik Iraq.

Air India memulakan penerbangan dari Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh dan ketibaan di sini disambut oleh pegawai tertinggi Iraq. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN