Ahli PKR perlu terima keputusan calon Bersatu di PRK Semenyih - Utusan Malaysia

Ahli PKR perlu terima keputusan calon Bersatu di PRK Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Amirudin Shari meminta ahli parti itu menerima dengan hati terbuka keputusan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

“Saya rasa mereka (akar umbi) bukanlah kecewa sangat. Dalam pilihan raya lepas pun (calon) ialah dari Bersatu. 

“Mereka mungkin menyampaikan pandangan mereka dan semua pandangan itu telah dinilai dengan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Dalam laporan akhbar sebelum ini, Amirudin selaku Pengerusi PH Selangor menyatakan terdapat suara di peringkat akar umbi yang mahukan kepimpinan parti memilih calon daripada PKR bertanding dalam PRK DUN Semenyih. 

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, pihaknya tetap berpegang kepada konsep muafakat dalam parti dan akan memberi sokongan kepada mana-mana calon yang mewakili PH. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN