JOHOR BAHRU 26 Feb. – Polis membongkar kegiatan judi See Go Lak serta sabung ayam di sebuah kebun durian dan menahan 55 individu termasuk dua penganjur dalam serbuan di Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini awal pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad berkata, mereka terdiri daripada 35 lelaki tempatan, 19 warganegara asing dan seorang wanita tempatan, kesemuanya berusia antara 21 dan 65 tahun.
Menurutnya, serbuan antara pukul 1 dan 3 pagi yang diketuai Pegawai Turus Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Johor, Deputi Superintenden Mohd. Zairi Badderul itu adalah hasil risikan selama sebulan.
Serbuan itu, ujarnya, dijalankan bersama Bahagian Risikan/Operasi/Rekod (D4) Johor, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seri Alam, Iskandar Puteri dan Kulai.
“Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM42,399, meja, kerusi kayu, piring dan mangkuk, 12 biji buah dadu dan kertas pertaruhan dipercayai untuk judi jenis See Go Lak.
“Selain itu, kita turut merampas lima piala membabitkan nilai pertaruhan antara RM3,000 dan RM10,000, 18 ekor ayam jantan serta pelbagai peralatan digunakan untuk perjudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Md. Yusof memberitahu, kesemua yang ditahan di bawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, bagi pemain akan disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Seksyen 4(1)a atau Seksyen 4(1)b akta yang sama (penganjur), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (warga asing tanpa dokumen pengenalan diri yang sah) dan Seksyen 44(1)(g) Akta Binatang 1953 (kezaliman ke atas binatang).
JOHOR BAHRU 26 Feb. – Polis membongkar kegiatan judi See Go Lak serta sabung ayam di sebuah kebun durian dan menahan 55 individu termasuk dua penganjur dalam serbuan di Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini awal pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad berkata, mereka terdiri daripada 35 lelaki tempatan, 19 warganegara asing dan seorang wanita tempatan yang kesemuanya berusia antara 21 dan 65 tahun.
Menurutnya, serbuan antara pukul 1 dan 3 pagi yang diketuai Pegawai Turus Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Johor, Deputi Superintenden Mohd. Zairi Badderul itu adalah hasil risikan selama sebulan.
Serbuan itu, ujarnya, dijalankan bersama Bahagian Risikan/Operasi/Rekod (D4) Johor, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seri Alam, Iskandar Puteri dan Kulai.
“Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM42,399, meja, kerusi kayu, piring dan mangkuk, 12 biji buah dadu dan kertas pertaruhan dipercayai untuk judi jenis See Go Lak.
“Selain itu, kita turut merampas lima piala membabitkan nilai pertaruhan antara RM3,000 dan RM10,000, 18 ekor ayam jantan serta pelbagai peralatan digunakan untuk perjudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Md. Yusof memberitahu, kesemua yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk tindakan lanjut.