4 tentera India terbunuh di Kashmir - Utusan Malaysia

4 tentera India terbunuh di Kashmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR 18 Feb. – Sekurang-kurangnya empat tentera India terbunuh dalam satu pertempuran dengan kumpulan pemisah Kashmir, hari ini empat hari selepas satu serangan bunuh diri yang meragut sebanyak 41 nyawa anggota keselamatan di wilayah bergolak itu.

Jurucakap polis berkata, seorang askar dan seorang awam turut cedera parah dalam insiden berbalas tembak yang berlaku semasa satu operasi tentera di daerah Pulwama, lokasi seragan bunuh diri, Khamis lalu.

“Sebanyak empat tentera terbunuh dalam pertempuran itu ketika seorang lagi cedera,” kata jurucakap itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN