MERIAH. Kira-kira 300 peserta hadir pada Program Karnival Mini antara penduduk Zon Seroja di Persiaran Amanjaya 2 , Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Menurut salah seorang ahli jawatankuasa program, Ahmad Yahaya, 44, program tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim bersama penduduk selaras dengan tema bersama menjaga keharmornian.
Katanya, program yang julung-julung kali diadakan itu juga turut melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Beliau berharap, melalui program itu penduduk mendapat maklumat, pendedahan dan pengalaman secukupnya daripada agensi terlibat.










