18 Anggota polis mati dalam letupan bom di Kashmir - Utusan Malaysia

18 Anggota polis mati dalam letupan bom di Kashmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR 14 Feb. – Sekurang-kurangnya 18 anggota polis India yang mengawal sempadan Kashmir terbunuh dalam kejadian letupan bom, di sini hari ini.

Lapor Reuters yang memetik agensi berita tempatan GNS, berdasarkan maklumat awal, kejadian itu dilakukan oleh kumpulan militan Jaish-e-Mohammad (JeM).

Wartawan Reuters, Mohammad Yunis yang tiba di lokasi beberapa minit selepas letupan itu berlaku memberitahu, cebisan daging manusia bertaburan merata-rata sejauh 100 meter dari lokasi itu.

Kashmir adalah wilayah di India yang terletak di Himalaya dan sering dilanda pelbagai insiden keganasan yang dilancarkan oleh puak pemisah.

Sejak beberapa tahun lalu, lebih 100 orang awam terkorban dalam pertempuran membabitkan pasukan keselamatan dan militan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN