100,000 bayi maut setiap tahun akibat perang - Utusan Malaysia

100,000 bayi maut setiap tahun akibat perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH 15 Feb. – Sekurang-kurangnya 100,000 bayi terbunuh setiap tahun ekoran konflik bersenjata dan kesannya, daripada kebuluran kepada dinafikan hak penjagaan kesihatan serta bantuan.

Perkara itu dinyatakan oleh Pertubuhan Save the Children International hari ini.

Dalam 10 buah negara yang terburuk dilanda konflik, anggaran sebanyak 550,000 bayi terbunuh akibat perang antara 2013 dan 2017.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Save the Children, Helle Thorning-Schmidt, bayi tersebut terbunuh akibat perang dan kesannya, kebanyakannya kebuluran selain kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan.

Selain itu jelasnya, kanak-kanak berdepan ancaman dibunuh, direkrut oleh kumpulan bersenjata, diculik atau menjadi mangsa keganasan seksual. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN