TANGKAK 7 Feb. – Seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 148, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan pukul 6.30 pagi ini. Kemalangan melibatkan kereta Toyota Yaris dipandu seorang lelaki warganegara Thailand bersama-sama isteri dan seorang anaknya dengan kereta Perodua Viva dipandu wanita warga tempatan bersama-sama seorang lagi wanita. Kejadian berlaku apabila kereta dipandu warga Thailand itu melanggar Viva tersebut hingga mengakibatkannya terbabas sebelum melanggar pembahagi…










