Zionis perguna Palestin jadi perisik - Utusan Malaysia

Zionis perguna Palestin jadi perisik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH 9 Jan. – Berpuluh-puluh penduduk Palestin yang didakwa telah direkrut oleh rejim Zionis untuk menjadi ejen perisik ditahan oleh perge­rakan Hamas susulan ‘misi pe­nyamaran’ Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang menyebabkan pertempuran dan ketegangan di sini pada November tahun lalu.

Portal RT melaporkan, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas, Iyad al-Bozum berkata, penahanan tersebut dilaporkan melibatkan ejen direkrut melalui telefon dan media sosial yang kebanyakannya berdepan ‘ugutan’.

“Kita menahan seramai 45 ejen selepas kejadian di timur Khan Younis pada November lalu dan mereka sedang disiasat,” katanya tanpa memberikan keterangan lanjut sama ada mereka yang ditahan mempunyai kaitan dengan serangan Israel di Semenanjung Gaza pada 11 November lalu.

Iyad memberitahu, ketika Hamas berjaya menangkap ba­nyak ‘mata-mata’ sejak bertahun-tahun, Israel terus merekrut ejen Palestin untuk ‘membantu mereka melakukan jenayah’ terhadap penduduk Palestin.

Beliau juga menggesa agar mereka yang telah dipaksa menjadi ejen IDF untuk tampil menyerah diri.

Terdahulu, insiden keselamatan di Khan Younis menyaksikan komander Hamas terbunuh bersama seorang pegawai tentera Israel yang menyebabkan pertempuran merentasi sempadan paling tegang sejak 2014.

Serang balas Hamas dengan lebih 400 roket dan pelancar ke arah selatan Israel membuatkan IDF menyerang lebih 150 sasaran di Palestin.

Ketegangan selama dua hari itu membuatkan Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman meletak jawatan selepas tidak bersetuju dengan rundingan gencatan senjata Palestin dan Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN