Dalam aksi Siri Jelajah Dunia 500 Malaysia Masters di Axiata Arena di sini, sebentar tadi, pemain berusia 21 tahun itu mengesahkan tempat ke aksi pusingan pertama selepas menundukkan Soong Joo Ven 21-23, 21-13, 24-22 pada kelayakan pertama sebelum menewaskan Sittikhom Thammasin 21-17, 21-16 dalam kelayakan kedua.
Kemenangan itu menyaksikan dia bakal berdepan cabaran Tanongsak Saensomboonsuk yang menundukkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin 12-21, 21-16, 21-12 dalam kelayakan kedua.
Zii Jii berkata, ketika ini ramai pihak melihat dirinya sebagai perseorangan kedua negara dan perkara itu memberikannya lebih tekanan terutama ketika berdepan rakan sendiri.
Berbanding perlawanan kedua, ia dilihat lebih mudah kerana semua strategi permainannya menjadi kerana dia dapat bermain dengan lebih tenang dan terbuka.
“Secara peribadi, memang tekanan tinggi apabila berjumpa rakan sendiri berbanding lawan dari luar dan perkara ini saya perlu selesaikan segera supaya tidak menjadi masalah pada masa akan datang.
“Kalau diberi pilihan, saya lebih rela jumpa lawan luar berbanding rakan sendiri,” katanya. – UTUSAN ONLINE










