WhatsApp hadkan jumlah perkongsian mesej - Utusan Malaysia

WhatsApp hadkan jumlah perkongsian mesej

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 21 Jan.- Perkhidmatan aplikasi WhatsApp kini menghadkan jumlah perkongsian mesej yang dihantar pengguna sebagai usaha untuk memerangi khabar angin dan berita tidak benar.

Perkembangan itu disahkan Timbalan Presiden, Bahagian Polisi dan Komunikasi WhatsApp, Victoria Grand.

“Pihak kami mengurangkan had perkongsian kepada lima penerima dalam satu masa bermula hari ini,” katanya ketika berucap dalam majlis diadakan di sini.

Penguatkuasaan sama dilaksanakan WhatsApp kepada pengguna di India bermula Julai tahun lalu selepas berleluasanya jenayah pembunuhan yang tercetus ekoran berita palsu dalam media sosial di negara itu.

Pemberitahuan bagi naik taraf untuk pengaktifan had penghantaran itu akan disebarkan kepada pengguna seluruh dunia secara berperingkat bermula hari ini.

Naik taraf akan dilakukan kepada pengguna Android dan kemudian disusuli Apple iOS.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×