BAITULMUQADDIS 30 Jan. – Seorang wanita Palestin yang cuba menikam pengawal Israel, dilaporkan telah ditembak mati di pos pemeriksaan di pinggir bandar Baitulmuqaddis hari ini. “Seorang wanita cuba menikam pengawal keselamatan yang sedang meronda di pos pemeriksaan di Zaim,” kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld dalam satu kenyataan dikeluarkan. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, identiti wanita itu masih belum diketahui. Dalam pada itu, jurugambar AFP di tempat kejadian berkata, wanita tersebut…









