Wanita maut dibaham buaya peliharaan bosnya - Utusan Malaysia

Wanita maut dibaham buaya peliharaan bosnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 12 Jan. – Seorang wanita berusia 44 tahun dijumpai mati dengan badan tercarik dipercayai dibaham buaya peliharaan majikannya selepas tergelincir ketika mahu memberi makanan kepada haiwan tersebut di Minahasa, Sulawesi Utara semalam.

Tribun melaporkan mangsa yang dikenali sebagai Deasy Tuwo, 44, merupakan pekerja syarikat Mutiara dipercayai tergelincir ke dalam sangkar buaya yang merupakan haiwan peliharaan pemilik syarikat warga Jepun tersebut.

“Dipercayai Deasy tergelincir ke dalam sangkar semasa mahu memberi makan kepada buaya tersebut. Kejadian itu merangsang haiwan tersebut untuk menyerang mangsa,” ujar sumber. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN