[VIDEO] Warga emas melambung dilanggar kereta - Utusan Malaysia

[VIDEO] Warga emas melambung dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Seorang pejalan kaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Persiaran Tujuan, Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi itu, wanita berusia 60 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala dan patah pergelangan kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerja mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 14, dekat sini.

“Mangsa dan rakannya melintas jalan sebelum mangsa dirempuh sebuah kereta yang masih belum dapat dipastikan dan rakannya pula berjaya lari menyelamatkan diri.

“Akibat daripada rempuhan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Azlin memohon orang awam untuk tampil sekiranya mempunyai maklumat mengenai kenderaan serta pemandu yang terlibat dalam kes ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×