[VIDEO] Orang Asli kecewa pembinaan jalan tidak diteruskan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Orang Asli kecewa pembinaan jalan tidak diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 21 Jan. – Masyarakat Orang Asli di sekitar Pos Betau di sini melahirkan rasa kecewa terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana tidak meneruskan pembinaan jalan ke Pos Lenjang dan Pos Titom meskipun telah diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Batin Kampung Lancang,  Mohamud Jada berkata, keadaan jalan yang teruk berkenaan amat membebankan dan menyukarkan penduduk di situ sejak sekian lama.

“Saya amat kecewa kerana projek ini tidak diteruskan sedangkan ia merupakan jalan utama bagi penduduk di sini yang berhadapan kesukaran sejak sekian lama.

“Saya harap pembinaan jalan ini diteruskan dan ia tidak boleh dipolitikkan kerana ia menjadi keperluan penduduk, jangan jadikan penduduk mangsa politik,”katanya di sini hari ini.

Jalan dari Pos Betau ke Pos Lenjang dan Sitom sejauh kira-kira 35 kilometer rosak teruk dan hanya boleh dilalui oleh kereta pacuan empat roda.

Baru-baru ini, Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek pembinaan jalan ke pos berkenaan telah diluluskan kerajaam Barisan Nasional (BN) dengan kos permulaan RM15 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN