[VIDEO] 7 orang termasuk 4 pegawai Paip direman - Utusan Malaysia

[VIDEO] 7 orang termasuk 4 pegawai Paip direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 11 Jan. – Tujuh orang termasuk empat pegawai kanan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta diperintahkan menjalani tahanan reman selama empat hari bagi membantu siasatan bermula hari ini.

Perintah tahanan tersebut terhadap suspek berusia antara 30-an hingga 59 tahun dikeluarkan oleh Majistret Humairah KM Haider di sini.

Ketujuh-tujuh suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga sebelum itu tiba di kompleks mahkamah berkenaan pada pukul 9.20 pagi dan keluar lebih sejam kemudian diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka terdiri daripada empat pegawai kanan Paip termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan tiga pemilik syarikat yang disyaki bersekongkol dengan pegawai-pegawai berkenaan untuk memonopoli projek pembekalan air di negeri.

Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi besar-besaran yang dikenali ‘Op Cuci’ yang dilakukan SPRM semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN