[VIDEO] 4 suspek rompak hotel diburu - Utusan Malaysia

[VIDEO] 4 suspek rompak hotel diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 4 Jan. – Empat suspek yang bertindak menyamun dan mencabul seorang pekerja sebuah hotel di Ayer Hitam di sini awal pagi Rabu lalu kini diburu polis.


Video MEDIA SOSIAL

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Razali Mohd. Tahir berkata, pihaknya sudah menubuhkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

“Dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, seorang suspek meluru masuk dan mengacukan parang kepada seorang pekerja hotel yang membuka pintu sebelum merentap rantai dan gelang dipakai mangsa.

“Pada masa sama, dua lagi suspek memasuki hotel berkenaan sebelum turut menyamun mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah Razali, seorang lagi suspek menunggu di luar semasa tiga rakan jenayahnya melakukan rompakan.

Rakaman video kejadian tersebut yang berdurasi satu minit 34 saat kini tular di laman sosial sejak semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN