[VIDE0] Pasukan SAR jumpa SUV jatuh laut - Utusan Malaysia

[VIDE0] Pasukan SAR jumpa SUV jatuh laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sebentar tadi menemui kenderaan pelbagai guna (SUV) yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang arah Perai dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sebeang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kenderaan berwarna putih jenis Mazda CX5 itu ditemui kira-kira pukul 4 petang oleh pasukan penyelam.

Menurutnya, kenderaan itu ditemui pada kedalaman kira-kira 15 meter di dasar laut dari tiang 34 jambatan berkenaan.

“Bagaimanapun keadaan mangsa belum dapat dipastikan setakat ini,” katanya.

Difahamkan, usaha membawa naik SUV berkenaan sedang dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi semalam, sebuah SUV dilaporkan terjunam ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang arah Perai dekat sini.

Seorang pelajar lelaki kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, dipercayai pemandu SUV berkenaan selepas bapanya membuat laporan polis berhubung kehilang pelajar itu petang semalam.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN