[VIDE0] Nwakaeme kembali ke pangkuan Tok Gajah - Utusan Malaysia

[VIDE0] Nwakaeme kembali ke pangkuan Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Kelibat penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme menjadi perhatian para penyokong ketika menyaksikan sesi latihan skuad Tok Gajah di padang latihan Taman Gelora, di sini petang ini.

Berita kehadiran semula bekas penyerang sensasi Tok Gajah pada 2014-2015 itu mula tersebar di laman sosial malam tadi bersama gambar-gambarnya yang baharu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Suasana luar biasa di padang latihan itu tidak dapat dilihat sebelum ini sejak Nwakaeme meninggalkan Tok Gajah 2016.

Nwakaeme yang tiba di Kuantan pagi tadi terus menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah pada sebelah petang. 

Sebaik selesai sesi latihan, Nwakaeme dikerumuni oleh orang ramai yang ingin mengucapkan selamat kembali ke bersama Pahang musim ini.

Para penyokong rata-rata tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemain berusia 33 tahun itu.

Nwakaeme dijangka menyarung jersi Tok Gajah musim ini untuk mengisi kekosongan jentera serangan selain memenuhi kouta pemain import. 

Pemain berusia 33 tahun itu pernah beraksi cemerlang bersama skuad Tok Gajah selama dua musim pada 2014 dan 2015.

Nwakaeme yang bergandingan dengan pemain import dari Argentina, Matias Conti berjaya menjulang pasukan Pahang untuk muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN