UniKL masih mempunyai aura juara - Govers - Utusan Malaysia

UniKL masih mempunyai aura juara – Govers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Tonggak import Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Keiran Govers percaya pasukannya akan bangkit selepas tewas dalam aksi Piala Sumbangsih, semalam.

Dalam aksi Piala Sumbangsih tersebut, UniKL tewas kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) di Stadium Hoki Batu Buruk, Terengganu menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sewaktu perlawanan penuh.

Kata Govers dari Australia, dia tetap percaya UniKL mempunyai aura juara bagi meraih kecemerlangan dalam kempen Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL 2019).

“Kami memperoleh peluang lewat permainan dan secara keseluruhan saya percaya pasukan sudah memberikan aksi terbaik.

“Sudah tentu ia satu pengalaman manis jika dapat memena­ngi Piala Sumbangsih tetapi apa pun kami tetap berjaya mengutip satu mata selepas seri 2-2 pada masa penuh.

“Tiba masanya untuk melupakan semua ini dan fokus bagi baki saingan liga selepas ini,” kata Govers.

Govers yang memenangi Trofi Juara-Juara bersama Australia pada 2010 dan 2012, Piala Dunia 2010 dan 2014 serta pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 akan bergandingan dengan beberapa bintang dunia lain bersama UniKL musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN