SEREMBAN 9 Jan. – Gara-gara kecewa kerana gagal ujian memandu buat kali ketiga, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun mengugut seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan pisau di Batang Benar, Nilai di sini semalam. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.23 pagi ketika pelajar kolej itu sedang menjalani ujian memandu dengan dipantau penguat kuasa JPJ berusia 33 tahun. Katanya, semasa ujian tersebut, suspek yang berasal dari Kuala Lumpur melakukan beberapa kesalahan termasuk tidak berhenti di lampu isyarat di Batang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya