ISKANDAR PUTERI 29 Jan. – UEM Sunrise Bhd. (UEM Sunrise), pemaju induk Iskandar Puteri meneruskan komitmen syarikat dalam memacu projek pembangunan Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) menerusi pembinaan 1,109 di Denai Nusantara di sini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, pembinaan RMBJ di situ merangkumi lima blok setinggi 12 tingkat dengan 1,109 unit dan 108 lot kedai setingkat pelbagai jenis perniagaan. Menurutnya, selain…










