ISTANBUL 6 Jan. – Dakwaan Turki menyasarkan orang Kurdish dinafikan dan dikatakan tidak rasional.
Agensi Berita Anadolu melaporkan, jurucakap Presiden Tayyip Erdogan, Ibrahim Kalin memberitahu, Ankara menyasarkan kepada militan Daesh, kumpulan Kurdish, Unit Pertahanan Rakyat (YPG) dan militia Parti Pekerja Kurdistan (PKK).
Ibrahim membuat kenyataan itu berikutan Penasihatan Keselamatan Nasional Rumah Putih, John Bolton menyatakan akan menekankan kepada pihak Turki termasuk Tayyip bahawa Kurdish perlu dilindungi. – REUTERS










