Tukang tilik guna asparagus buat ramalan untuk 2019 - Utusan Malaysia

Tukang tilik guna asparagus buat ramalan untuk 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATH, Britain – Seorang wanita menggunakan sayur asparagus untuk membuat ramalan masa depan sejak berusia lapan tahun. Dia mendakwa bakat itu diwarisi daripada seorang moyang keluarganya yang membuat tilikan dengan melihat daun teh.

Jemima Packington sebelum ini meramalkan dengan tepat kemenangan Presiden Donald Trump, kemenangan Presiden Emmanuel Macron di Perancis dan juga Brexit.

“Apabila saya menabur asparagus, ia menghasilkan satu corak dan saya terjemahkan apa yang saya lihat. Saya mengambil serius kerja menilik nasib ini tetapi saya sendiri seorang yang santai,” jelasnya.

Packington mengakui ramalannya cuma 80 hingga 90 peratus tepat. Ini termasuk ramalan Theresa May akan digulingkan pada 2018 tetapi Perdana Menteri Britain itu masih bertahan selepas ketibaan tahun baru 2019.

Tukang tilik itu juga antara kenamaan tetap ke Festival Asparagus British di kawasan Evesham antara 23 April dan 21 Jun setiap tahun. Untuk 2019, Packington akan menggunakan asparagus khusus dari pekan Evesham untuk membuat ramalannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN