KANGAR 28 Jan. – Seorang warga emas, Mohd. Shuib Idrus, 61, dari Kampung Seri Kesinai Padang Besar, hanya mampu termenung, hatinya tidak tenang memikirkan nasib diri dan isterinya selepas ini, apabila mereka bakal diusir keluar dari kawasan yang didiami sejak 50 tahun itu. Selain Mohd. Shuib, kira-kira 15 keluarga dari kampung berkenaan juga mengalami nasib sama apabila mereka diarahkan mengosongkan kediaman yang didakwa dibina di atas tanah milik seorang individu…










