Timbalan Pengarah, pekerja swasta dibebaskan dengan jaminan SPRM - Utusan Malaysia

Timbalan Pengarah, pekerja swasta dibebaskan dengan jaminan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan Timbalan Pengarah sebuah agensi kerajaan dan seorang pekerja swasta selepas mereka membantu siasatan berkaitan kes meminta suapan bernilai RM270,000 berhubung kelulusan projek sebuah projek.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan pegawai kanan kerajaan itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM 5,000 manakala pekerja swasta pula RM2,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-duanya membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9 pagi dengan menaiki kenderaan secara berasingan.

Kosmo! Online baru-baru ini melaporkan kedua-dua lelaki berusia 42 dan 43 tahun itu direman empat hari bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta suapan bernilai RM270,000 berhubung kelulusan projek sebuah projek.

Perintah reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Menurut sumber, Timbalan Pengarah itu ditahan SPRM di pusat membeli-belah sekitar Putrajaya semalam dipercayai ketika menerima wang tunai berjumlah RM50,000 iaitu baki jumlah suapan yang sepatut diterimanya.

Kata sumber itu lagi, dia didakwa menerima wang suapan itu secara berperingkat sejak 2015 oleh syarikat terlibat sebagai ganjaran kerana memberi projek berkenaan.

Projek itu merupakan satu usaha kerajaan dalam memperluas jaringan komunikasi dan multimedia khususnya bagi kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN