CHICAGO 23 Jan. – Tiga rakyat Amerika Syarikat (AS) berketurunan Kenya didakwa bersubahat menyokong kumpulan militan Daesh selepas ditahan di sebuah lapangan terbang di Michigan, semalam. Menurut pihak berkuasa, ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu, didakwa membuat rakaman video bagi menyatakan kesetiaan mereka terhadap Daesh. – AFP










