MELAKA – Tiga pelajar Tunas Bakti di sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual fizikal serta mencederakan seorang penghuni lain pada minggu lalu. Tertuduh, dua daripadanya masing-masing berumur 17 dan seorang berumur 16 tahun, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja dua pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh. Mahkamah bagaimanapun menetapkan 25 April depan untuk keputusan hukuman bagi menunggu laporan…










