Tiga pelajar ditahan, motosikal dinaiki disyaki diubahsuai - Utusan Malaysia

Tiga pelajar ditahan, motosikal dinaiki disyaki diubahsuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Tiga pelajar tingkatan empat dan lima sebuah sekolah di daerah ini ditahan polis semalam kerana motosikal yang mereka naiki disyaki telah diubahsuai nombor pendaftaran dan chasisnya.

Kesemua remaja berusia dalam lingkungan 16 dan 17 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya yang diadakan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di Kilometer 61, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata,  sewaktu ditahan, kesemua pelajar sekolah yang sedang menunggang motosikal Honda EX 5 dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Bandar Ketengah Jaya dekat sini dari Kuala Terengganu

“Pemeriksaan pada motosikal Honda EX 5 yang dinaiki mereka mendapati enjin dan kerangkanya telah diubahsuai selain salah satunya tidak mempunyai nombor pendaftaran pada chasis.

“Kesemua pelajar itu juga didapati tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan. Polis telah menahan mereka dan menyita ketiga-tiga motosikal  tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN