ALOR SETAR 17 Jan. – Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki 1,300 paket yang mengandungi 22,080 batang rokok kretek dan putih pelbagai jenama di sebuah rumah di Taman Almas, Selasa lalu. Tertuduh, Lau Cheng Lam, 51, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Juraidah Abbas. Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada dua orang anak itu didakwa memiliki…










