Thailand, model Belarus dan beberapa rakan dihantar pulang - Utusan Malaysia

Thailand, model Belarus dan beberapa rakan dihantar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 17 Jan. – Model dari Belarus yang ditahan ketika ‘seminar latihan seks’ di sini mendakwa mempunyai bukti penglibatan Rusia dalam pilihan raya Presiden Donald Trump telah dihantar pulang hari ini.

Pihak berkuasa Thailand berkata, selepas mengaku bersalah atas dakwaan konspirasi dan pelacuran, Anastasia Vashukevich, 27 bersama dua rakan senegaranya dan lima warga Rusia dihantar pulang ke negara masing-masing.

Vashukevich mengemparkan dunia pada Februari tahun lalu apabila menyatakan mempunyai rakaman suara beberapa jam berkaitan hubungan antara pihak Rusia dan Trump dalam pilihan raya 2016.

Model itu menawarkan untuk mengeluarkan rakaman itu sebagai pertukaran menjadi suaka di Amerika Syarikat namun tidak dibuktikan malah kemudian menyatakan tidak mahu mendedahkannya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×